WELCOME TO ZURAZURAIDA'S BLOG

http://www.zurazuraida.blogspot.com

Saturday, July 13, 2013

Bab 20

     Doktor Haidar sedang memeriksa Zahrah.Ketika itu,kelihatan Tan Sri Zikri Sallehuddin,Puan Sri Saleha,Zahirah dan Zafril sedang menunggu dia sofa yang ada di dalam wad tersebut.
     Selesai sahaja Doktor Haidar memeriksa Zahrah,wayar mesin sokongan hayat telah ditanggalkan daripada badan Zahrah.
              “Anak saya dah sihat doktor?”.Puan Sri Saleha bertanya.
              “Anak Puan Sri sudah sihat.Tapi…”.
              “Tapi apa doktor?”.
              “Otak Cik Zahrah masih belum boleh berfungsi dengan baik.Banyak benda yang dia tak ingat disebabkan kecederaan pada kepalanya.Jadi saya nasihatkan supaya Tan Sri dan Puan Sri tak akan memaksa dia untuk mengingat perkara yang dia tak ingat”.
              “Maksud doktor anak saya ni lupa ingatan?”.
              “Bukan begitu.Cuma dalam dua tiga hari ini otaknya tak dapat berfungsi dengan baik.Dia Cuma akan ingat perkara yang tertentu sahaja.Tapi,ini tidak akan berlarutan.Apabila dia dapat rehat yang cukup,dia akan dapat ingat kembali seperti sedia kala”.
              “Kalau macam tu,boleh kami tengok dia?”.Tan Sri Zikri Sallehuddin bertanya.
              “Sudah tentu.Tapi,ingat pesan saya tadi”.Doktor Haidar dan jururawatnya keluar dari bilik tersebut.
     Mereka berempat mendekati Zahrah.Seorang demi seorang memeluk Zahrah kecuali Zafril.
     Zahrah melihat Zafril.Apabila dia melihat Zafril,dia teringat semua peristiwa dia dengan Zafril termasuklah mimpi yang membuatkan dia tersedar dari koma.
              “Awak Zafril kan?”.
              “Ye.Saya Zafril,Cik Zahrah.Cik Zahrah masih ingat lagi pada saya?”.
              “Ye,Saya masih ingat lagi”.
     Semua yang berada di situ agak terkejut kerana Zahrah tak pernah menggunakan perkataan ‘saya’ untuk ganti nama dirinya.Begitu juga dengan perkataan ‘awak’ untuk orang yang disebutnya.
              “Zahrah,ingat mummy dengan daddy lagi tak?”.Puan Sri Saleha bertanya kepada Zahrah sambil air matanya mula mengalir.
              “Mestilah Zahrah ingat mummy dengan daddy”.
              “Akak ingat Irah?”.Giliran Zahirah pula bertanya.
              “Irah pun akak ingat juga”.
              “Zahrah ingat tak macam mana Zahrah jadi macam ni?”.Tan Sri Zikri Sallehuddin bertanya.
     Zahrah seakan-akan mengingati balik apa yang terjadi padanya sebelum ini.Dia mengerutkan dahinya untuk berfikir.
              “Iqram”.Itu sahaja yang keluar dari mulut Zahrah.
              “Zahrah ingat dia?”.
              “Tak,Cuma dia macam pernah wujud dalam hidup Zahrah”.
              “Sudahlah tu Zahrah,lebih baik kamu berehat.Nanti dua tiga hari tu ingatlah semuanya”.Tan Sri Zikri Sallehuddin memberi nasihat kepada Zahrah.
              “Pak Cik,Mak Cik,Dah masuk waktu Maghrib,saya nak pergi solat dulu”.
     Tan sri Zikri Sallehuddin dan Puan Sri Saleha mengikut langkah Zafril.Sementara Zahirah menemani Zahrah.Kebetulan dia tidak boleh solat.
     Zahirah duduk di atas kerusi di sebelah katil.Dia melihat kakaknya.
              “Kalau Irah tanya sikit boleh?”.
              “Tanyalah”.
              “Apa agaknya yang membuatkan akak terjaga dari koma?”.
              “Entahlah dik.Akak Cuma tersedar bila akak dengar ada orang yang bacakan Surah Yaasin untuk akak.Adik ke yang baca?”.
              “Tak adalah.Ustaz Zafril yang bacakan akak Surah Yaasin tu”.
              “Oh,patutlah akak……”.Zahrah seperti mengingatkan sesuatu.
              “Patutlah akak……apa?”.Zahirah bertanya kehairanan.
              “Tak ada apalah.Irah,boleh tolong akak tak?”.
              “Tolong apa kak?”.
              “Nanti kalau Irah balik rumah,Irah masuk bilik akak lepas tu buka laci meja lampu tidur tu”.
              “Nak buat apa?”.
              “Bila Irah buka laci tu,Irah akan nampak sebuah buku.Irah tolong bawakan buku tu esok bila Irah datang sini,boleh tak?”.
              “Akak nak buat apa dengan buku tu?”.
              “Nak bacalah,apa lagi?”.Sambil tangannya mencubit pipi adiknya yang putih gebu itu.
              “Yelah”.
     Ketika mereka sedang rancak berbual,ada seseorang yang menolak pintu kayu wad tersebut.
     Kelihatan Zafril masuk ke dalam bilik tersebut tanpa kelibat Tan Sri Zikri Salllehuddin dan Puan Sri Saleha.
              “Mummy dengan daddy saya mana Zafril?”.Zahrah bertanya.
              “Mereka berdua pergi singgah kafe,belikan makanan untuk awak agaknya”.
     Zahrah dan Zahirah mendengar sahaja penjelasan daripada Zafril.
              “Irah,boleh tak Irah keluar sekejap.Akak ada benda nak cakap dengan Zafril”.
     Zahirah memandang kakaknya dan juga Zafril.Dia berdiri lalu keluar dari bilik tersebut.
              “Zafril,saya ada benda penting nak beritahu awak”.
              “Hal apa yang penting sangat tu Cik Zahrah?”.
              “Pertama sekali,boleh tak awak jangan panggil saya Cik Zahrah”.
              “Jadi,saya nak panggil Cik Zahrah apa?”.
              “Panggil Zahrah sahaja”.
              “Cik Zahrah izinkan ke?”.
     Zahrah mengangguk tanda setuju.
              “Sebenarnya saya nak ucapakan terima kasih”.
              “Terima kasih untuk apa Zahrah?”.
              “Terima kasih sebab bacakan saya Surah Yaasin.Sebab Surah Yaasin tulah yang membuatkan saya tersedar dari koma saya”.
              “Semua yang terjadi dengan
Izin-Nya.Saya hanya membantu awak sahaja”.
              “Awak nak tahu tak,sebelum saya tersedar,saya ada mimpi.Mimpi tu ngeri sangat”.
              “Boleh saya tahu awak mimpi apa?”.
              “Saya tak tahu nak ceritakan.Tapi,yang penting saya nak berubah jadi baik.Awak dah janji dengan saya kan yang awak akan bantu saya?”.
              “Saya dah berjanji.Jadi,saya akan tunaikan janji saya”.
              “Awak sanggup bantu saya?”.
              “Mestilah saya sanggup untuk membantu awak”.
              “Terima kasih”.
              “Sama-sama”.
     Kelihatan pintu kayu wad tersebut ditolak.Rupa-rupanya,Tan Sri Zikri Sallehuddin,Puan Sri Saleha dan Zahirah yang masuk ke dalam wad tersebut.
     Zafril pergi ke arah Tan Sri Zikri Sallehuddin.
              “Pak Cik,saya balik dulu”.Zafril meminta diri untuk pulang.
              “Yelah,bawa kereta baik-baik.Kirim salam dekat Umi dengan Walid”.
              “Baiklah pak cik.Insyaallah”.
     Zafril menyalam tangan Tan Sri Zikri Salllehuddin.Dia menuju keluar dari bilik wad tersebut.
     Sementara itu,Puan Sri Saleha sedang menyediakan makanan untuk Zahrah.
              “Zahrah,dah lama kamu tak makan.Mummy ada beli bubur untuk Zahrah.Zahrah makan ye sayang”.
              “Bubur? Kenapa setiap kali orang sakit kan mesti makan bubur?”.
              “Supaya makanan tu senang nak hadam.Lagi satu bagus untuk kesihatan kamu”.
              “Yelah”.
              “Buka mulut,biar mummy suapkan”.

     Zahrah dilayan seperti anak kecil.Dia tidak berapa gemar dilayan seperti itu.Tapi,demi menyenangkan hati mummynya,dia ikutkan sahaja rentak mummynya.
Bab 19

      Tan Sri Zikri Sallehuddin,Puan Sri Saleha dan Zahirah duduk di atas sofa.Mereka duduk di situ kerana ingin membincangkan tentang Zahrah.
              “Daddy rasa kita jangan tandatangan dulu surat kebenaran untuk tanggalkan wayar mesin sokongan hayat tu daripada badan Zahrah”.
              “Mestilah,saya tak pernah pun setuju supaya wayar tu ditanggalkan”.Puan Sri Saleha seakan sensitif sedikit apabila disebutkan tentang hal itu.
              “Macam nilah daddy,Irah rasa kita tunggu dulu sampai Kak Zahrah sedar”.
              “Masalahnya Irah,bila kakak kamu nak sedar?”.
              “Mungkin kita tunggu sampai seminggu lagi ke? Kalau akak tak sedar juga,Irah rasa lebih baik kita tanggalkan je wayar tu daripada badan akak.Irah tak sanggup lihat akak terseksa”.
              “Irah,mummy tak sedia lagi untuk hadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku”.
              “Mummy,kita sepatutnya kena bersedia menghadapi segala ujian daripada Allah,mummy”.
              “Kali ini memang mummy betul-betul tak kuat.Mummy tak sanggup nak terima hakikat yang mungkin Kak Zahrah kamu akan tinggalkan kita semua”.
              “Mummy,setiap yang hidup pasti akan mati.Cuma,cepat atau lambat itu sahaja”.
              “Mummy tak kisah kalau Zahrah pergi sebab memang sudah suratan takdir.Masalahnya sekarang,kita macam nak tarik nyawa dia sebelum tiba masanya”.
              “Kita bukan ambil nyawa dia mummy.Kita Cuma nak dia pergi dengan tenang tanpa ada rasa terseksa sedikit pun”.
              “Sudahlah Irah,jangan cerita lagi pasal hal ini.Mummy tak sanggup nak dengar lagi”.
     Zahirah mendiamkan dirinya sebaik sahaja ditegur oleh mummynya.

     ZAHIRAH kelihatan sedang memakai tudung.Dia membetulkan pin tudungnya itu sambil melihat cermin yang ada di meja solek.
     Ketika dia sedang membetul-betulkan tudungnya,dia mendengar bunyi deringan telefon.Tapi,deringan itu bukan deringan telefon bimbitnya sebaliknya milik kakaknya Zahrah.
     Dia pergi ke meja lampu tidur yang terletak di sebelah katilnya.Dia mencapai telefon bimbit kakaknya itu sambil duduk di bahu katil.
     Dia melihat skrin telefon bimbit iPhone 4s,hatinya mula berdebar kerana nama yang tertera di skrin tersebut ialah Zafril Al-Fattah.
     Dia menarik nafas dalam-dalam.Ibu jarinya menekan punat hijau.
              “Assalamualaikum,Cik Zahrah”.
Suara Zafril lembut sahaja.
              “Waalaikumussalam,U..ustaz”.
Zafril hairan mendengar suara itu.
              “Maaf bertanya,ini Cik Zahrah ke?”.
              “Bukan,saya Zahirah”.
              “Awak Zahirah?”.
              “Ye”.Jawab Zahirah ringkas.
              “Awak ni ada hubungan apa dengan Cik Zahrah?”.
              “Saya adik dia Ustaz”.
              “Adik? Saya tak pernah tahu pun”.
              “Tak apalah,lupakan je soal tu.Ustaz telefon kakak saya ni ada apa?”.
              “Saya nak cakap dengan dia hari ini saya nak mengajar dia”.
              “Akak………”.Zahirah tidak menyambung kata-katanya.
              “Kenapa dengan akak awak?”.
              “Akak masuk hospital Ustaz.Dah seminggu dia terlantar dekat hospital”.
              “Masya Allah,betul ke?”.
              “Betul Ustaz”.
              “Sebab apa dia masuk hospital?”.
              “Dia kemalangan ustaz”.
              “Kalau macam tu boleh saya melawat dia?”.
              “Boleh Ustaz.Kebetulan saya pun nak pergi ke sana untuk melawat dia”.
              “Hospital mana dia dirawat?”.
              “Hospital kuala Lumpur Ustaz”.
              “Baiklah.Saya ke sana sekarang.Assalamualaikum”.
              “Waalaikumussalam”.
     Zahirah menekan punat merah sebaik selesai sahaja perbualannya dengan Zafril terputus.
     Kenapa dia begitu ambil berat dengan akak? Aku tak pernah pun nampak dia begitu ambil berat dengan mana-mana perempuan pun sebelum ini? Hati Zahirah berbicara.
     Mungkin sebab dia kenal akak agaknya.Hati Zahirah berteka-teki.
     Dia bingkas bangun dari katil.Dia bersiap-siap untuk pergi ke hospital.
              “Irah nak pergi tengok akak ke?”.Puan Sri Saleha bertanya.
              “Ye mummy.Mummy nak ikut ke?”.
              “Tak apalah,kamu pergi je lah.Mummy nak pergi masjid nanti lepas daddy kamu balik.Nak dengar ceramah dekat sana.Kalau akak kamu dah sedar,jangan lupa beritahu mummy dengan daddy”.
              “Baiklah mummy”.Zahirah menyalam tangan mummynya.
     Dia menuju keluar dari rumah tersebut.Dia masuk ke dalam ke dalam kereta Myvinya yang baru dua hari lepas siap dibaiki.
     Kelihatan Myvi berwarna hijau itu meninggalkan perkarangan rumah banglo tersebut.
    
     ZAFRIL dan Zahirah sampai pada waktu yang sama.Mereka bertemu ketika hendak pergi ke kaunter pertanyaan.
              “Ustaz mari saya tunjukkan wadnya”.
     Zafril mengangguk sambil mengikut langkah Zahirah.
      Zahirah membuka pintu kayu wad tersebut.Kelihatan kakaknya masih sama lagi seperti waktu hari pertama kakaknya dibawa masuk ke hospital tersebut.
     Mereka berdua masuk ke wad tersebut.Zafril duduk di atas kerusi bersebelahan katil.Zahirah pula duduk di atas kerusi yang arahnya bertentangan dengan Zafril.
             

              “Dia kemalangan sebab apa?”.
              “Kami semua masih tak tahu lagi apa puncanya Ustaz.Tak ada siapa yang tahu”.
              “Dia kemalangan seorang sahaja ke?”.
              “Dia kemalangan dengan kawannya sekali.Tapi,kawan dia Cuma cedera ringan sahaja.Sudah keluar hospital pun.Tapi,sampai sekarang tak pernah nampak pun kelibat dia datang melwat akak”.
              “Kawan kakak awak tu lelaki ke perempuan?”.
              “Lelaki Ustaz”.
              “Tak apalah.Apa yang penting sekarang kita kena banyak berdoa supaya dia cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan sepert biasa”.
     Suasana kambali sunyi.Tiba-tiba,Zafril bangun dari kerusi tersebut.
              “Ustaz nak pergi mana?”.
              “Saya nak solat Asar sekejap.Awak tak nak ikut sekali ke?”.
              “Tak apalah Ustaz.Saya tak boleh”.
              “Oh,saya minta maaf.Saya minta diri dulu”.
     Zahirah hanya mengangguk.Selepas Zafril keluar dari wad tersebut,Zahirah bingkas bangun dari kerusinya.Dia berlalu ke sofa yang lebih empuk.Sekejap sahaja dia sudah terlelap.
    
     Selepas hampir lima belas minit,Zafril kembali ke wad tersebut.Dia kembali duduk di atas kerusi bersebelahan dengan katil.
     Tangannya kelihatan sedang memegang Surah yaasin.
     Dia membaca Surah Yaasin tersebut.Merdu sungguh suaranya.Zahirah yang terlelap juga terjaga mendengar suara Zafril yang merdu itu.
     Dia hanya melihat dan mendengar apa sahaja yang dibaca oleh Zafril.
     Jika dia juga boleh membacanya,pasti sekarang dia sudah membaca Surah Yaasin itu bersama-sama dengan Zafril.
     Ketika Zafril sedang asyik membaca Surah Yaasin,Zahrah yang tidak sedarkan diri seolah-olah mendengar bacaan Surah Yaasin yang sedang dibacakan oleh Zafril.
     Zahrah melihat Zafril berada di seberang sebuah jambatan.Zahrah melihat Zafril sedang memakai jubah putih dan songkok.
     Tiba-tiba,api mula mengelilinginya.Zahrah menjerit sekuat hatinya.
              “Zafril!tolong saya.Zafril! Zafril!”.
     Itulah ayat yang diulang-ulang oleh Zahrah.
Zafril hanya diam berdiri melihatnya.
              “Zahrah,sudah tiba masanya awak berubah dan kembali ke jalan-Nya”.Zafril berkata begitu kepada Zahrah.
     Zahrah masih menjerit-jerit di dalam api yang semakin marak itu.
     Ketika itu,Zafril melafazkan dua kalimah syahadah.Zahrah masih menjerit-jerit lagi.
              “Tolong saya Zafril! Tolong saya!”.
     Zahrah seakan-akan merayu.
     Tiba-tiba,Zahrah tersedar dari komanya.Matanya yang tertutup rapat kelihatan mengalirkan air mata.
     Zafril yang baru sahaja selesai membaca Surah Yaasin,melihat jari-jemari Zahrah bergerak-gerak sedikit demi sedikit.
              “Zahirah,kakak kamu dah sedarkan diri”.Zahirah bangun dari sofa dan mendekati kakaknya.
              “Ya Allah,syukur Alhamdulillah.Akak dah sedar”.Zahirah memeluk kakaknya yang masih terapat lagi matanya.

     Zahirah keluar dari bilik tersebut,dia meminta bantuan daripada Doktor Haidar.
Bab 18

     Jam sudah tepat pukul 5.00 petang.Suasana di dalam wad Zahrah sungguh sunyi.
     Hanya suatu ruang di wad Zahrah,kelihatan Tan Sri Zikri Sallehuddin tertidur di ats sofa sambil duduk bersama dengan isterinya.
     Dato’Farid dan Datin Fatimah juga begitu.Mereka tertidur di sofa yang boleh memuatkan dua orang sahaja.
     Farish duduk di sebuah sofa yang juga sama terlena.Zahirah pula duduk di sebelah katil untuk menemani kakaknya Zahrah.Zahirah juga terlena.
     Zahirah terjaga.Dia melihat jam di tangannya.Dia bingkas bangun dan pergi mendekati mummy dan daddynya.
              “Mummy,daddy”.Lembut sahaja suaranya mengejutkan mummy dan daddynya.
     Tan Sri Zikri Sallehuddin dan Puan Sri Saleha bangun.Mereka berdua melihat Zahirah.
              “Irah nak apa sayang?”.Tanya Tan Sri Zikri Sllehuddin.
              “Irah nak pergi solat Asar sekejap.Mummy dengan daddy tak nak solat?”.
              “Boleh juga.Jom sayang”.Ajak Tan Sri Zikri Sallehuddin kepada isterinya.
     Sementara itu,Dato’Farid,Datin Fatimah dan Farish juga sudah terjaga dari tidurnya.
              “Irah nak pergi mana ni?”.Tanya Datin Fatimah.
              “Irah nak solat sekejap.Nak ikut?”.
              “Boleh juga”.
     Semua yang ada di situ bangun dan menuju ke pintu kecuali Puan Sri Saleha.
              “Sayang,tak nak solat ke?”.
              “Abang pergilah dulu.Saya nak tengokkan Zahrah.Nanti lepas semua dah solat,saya pula yag pergi solat”.
              “Tak apalah kalau macam tu.Kalau apa-apa jadi dekat Zahrah,panggil kami semua”.Puan Sri Saleha hanya mengangguk.
     Keadaan menjadi sunyi kembali.Hanya tinggal Puan Sri Saleha dan Zahrah sahaja di dalam wad tersebut.
     Puan Sri Saleha mendekati anaknya.Dia duduk di atas kerusi bersebelahan dengan katil.
     Wajah anaknya ditatap dengan penuh kasih sayang.Muka Zahrah diusap-usap oleh mummynya.Rambutnya juga dibelai lembut.
              “Zahrah,mummy bukan nak seksa Zahrah.Tapi,mummy tak sedia nak hadapi yang kemungkinan besar Zahrah tak dapat hidup lagi tanpa mesin sokongan hayat ni sayang”.Suaranya sayu dan matanya mula bertakung air mata.
              “Tapi,kalau sudah ditakdirkan Zahrah kena pergi tinggalkan mummy,Mummy akan minta Doktor Haidar tanggalkan wayar mesin sokongan hayat ni dari badan Zahrah supaya Zahrah dapat pergi dengan tenang”.Air mata Puan Sri Saleha mengalir lagi membasahi pipi.
              “Kalau Zahrah dengar apa yang mummy cakapkan ni,Zahrah genggam tangan mummy”.
     Puan Sri Saleha menunggu anaknya memberikan respon.Tetapi,hatinya hampa kerana Zahrah tidak memberikan sebarang respon.
     Ketika dia sedang melihat wajah anaknya.Tiba-tiba,pintu kayu seperti ditolak oleh seseorang.
     Kelihatan Zahirah masuk ke dalam wad tersebut.
              “Mummy pergilah solat dulu.Biar Irah yang jaga akak”.
     Puan Sri Saleha mengangguk lalu mengorak langkah keluar dari wad tersebut.
     Zahirah pula menggantikan mummynya menjagakan kakaknya.
     Tiba-tiba,bunyi deringan telefon bimbit datangnya dari telefon bimbit Zahirah.
     Zahirah pergi ke sofa dan tangannya meraba-raba mencari telefon bimbitnya yang berjenama Samsung Galaxy Y di dalam beg tangannya yang berwarna putih.
     Zahirah melihat skrin telefon bimbitnya.Tertera nama Balqis di skrin telefon bimbitnya.
     Segera dia menekan punat hijau.
              “Hello,Assalamualaikum Irah”.
              “Waalaikummussalam Qis”.
              “Kenapa kau tiba-tiba je balik tadi?”.
              “Akak aku masuk hospital”.
              “Ya Allah,macam mana boleh masuk hospital?”.
              “Dia kemalangan”.
              “Sekarang ni macam mana dia?”.
              “Akak aku masih belum sedarkan diri lagi”.
              “Aku ucapkan takziah pada kau.Jadi,esok kau tak boleh datang kelaslah ni?”
              “Tengoklah,Insyaallah”.
              “Kalau macam tu tak apalah Irah.Aku Cuma nak tahu kenapa kau tiba-tiba je balik tadi.Ni dah tahu tak apalah.Nanti jumpa kau dekat U okay”.
              “Okay,bye.Assalamualaikum”.
              “Waalaikumussalam”.
     Balqis memutuskan talian.Sementara itu,pintu kayu seperti ditolak.
     Farish masuk ke dalam wad tersebut.Dia duduk di atas sofa yang memuatkan dia seorang sahaja.
              “Irah tadi cakap dengan siapa?”.
              “Dengan kawan saya, Encik Farish”.
              “Irah,kalau saya tanya awak sesuatu boleh?”.
              “Encik Farish nak tanya pasal apa?”.
              “Pasal Zahrah”.
              “Kenapa dengan Kak Zahrah?”.
              “Sebelum ni,kak Zahrah pernah tak bercinta dengan siapa-siapa?”
              “Saya tak banyak tahu pasal dia.Sebab sejak saya tingkatan 1 lagi saya dah masuk MRSM.Lepas tu saya terus masuk UM.Jadi saya tak rapat sangat dengan akak.Lagi pun akak tak pernah kongsi hal peribadi dia dekat saya”.
              “Jadi Irah tak pernah tahu dengan siapa dia pernah bercinta?”.
     Zahirah hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.
     Tiba-tiba,pintu kayu itu ditolak lagi.Kali ini Dato’Farid,Datin Fatimah,Tan Sri Zikri Sallehuddin dan Puan Sri Saleha masuk ke dalam wad tersebut.
              “Farish,jom kita balik.Esok Farish boleh melawat Zahrah lagi”.Datin Fatimah mengajak anak terunanya balik.
     Farish hanya mengikut sahaja.
              “Tan Sri,Puan Sri,kami balik dulu”.Dato Farid meminta diri bagi pihak keluarganya.
              “Baiklah”.Tan Sri Zikri Sallehuddin membenarkan mereka pulang.

     Mereka semua bersalaman antara satu sama lain sebelum pulang ke rumah.
Bab 17

     Zahrah masih belum sedarkan diri.Dalam erti kata lain dia sekarang koma.
     Iqram yang juga terlibat dalam kemalangan tersebut hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.
     Kelurganya sudah membawanya pulang ke rumah.Iqram tidak memberitahu keluarganya kejadian yang sebenar.
     Iqram menipu keluarganya dengan cara mengatakan bahawa kemalangan itu berlaku kerana dia terbabas lalu merempuh sebatang pokok besar.
     Iqram juga tidak menggalakkan keluarganya berjumpa dengan keluarga Zahrah.Iqram takut kerana mungkin keluarga Zahrah akan membawa perkara ini ke mahkamah.
    
     “ZAHRAH bangun sayang”.Rayu Puan Sri Saleha yang sedang duduk di sebelah katil yang menempatkan Zahrah.
     Tangan Zahrah digenggam dengan seeratnya.
     Ibu mana yang tidak sedih melihat anak yang selama ini dikandungnya Sembilan bulan akhirnya hanya mampu terbaring kaku di atas katil.Kepalanya dibalut.Badannya penuh dengan wayar.
     Tapi,yang paling menyedihkan semua orang adalah Zahrah terpaksa bergantung dengan mesin sokongan hayat.
              “Zahrah bangun sayang.Mummy datang jumpa Zahrah ni”.
              “Akak,Irah pun datang nak jumpa dengan akak.Irah tahu walaupun akak koma,akak dengarkan apa yang Irah katakan pada akak?”.
              “Zahrah bangun sayang.Jangan buat mummy macam ni”.Puan Sri merayu lagi.
              “Sudahlah tu.Tak lama lagi sihatlah Zahrah tu,Insyaallah”.
              “Tapi abang,doktor kan ada cakap yang peluang untuk anak kita hidup sangat tipis”.
              “Itu doktor kata,ajal di tangan tuhan.Jika memang sudah ditakdirkan bahawa Zahrah harus menyahut seruan Illahi,kita harus redha”.
              “Saya tak nak Zahrah pergi abang.Saya sayangkan dia”.
              “Saya pun sayangkan dia.Bukan saya sahaja semua orang disekelilingnya sayangkan dia”.
              “Saya nak abang cari doktor pakar untuk rawat Zahrah”.
              “Abang dah hubungi Doktor Rayyan untuk datang ke Malaysia merawat anak kita”.
              “Bila dia boleh sampai ke Malaysia?”.
              “Mungkin dalam minggu ini juga”.
              “Mummy,daddy…Irah rasa lebih baik kita keluar dulu.Mungkin keluarga Farish nak jumpa dengan Kak Zahrah”.Zahirah mencelah dengan sopan.Mummy dan daddynya hanya mengangguk.
     Sebelum keluar mereka semua melihat wajah Zahrah dengan penuh rasa kesayuan.
     Pintu ditutup rapat oleh Tan Sri Zkiri Sallehuddin.
     Farish yang duduk di ruang menunggu terus berdiri,begitu juga dengan Dato’Farid dan Datin Fatimah.
              “Zahrah macam mana uncle?”.
     Tan Sri Zikri Sallehuddin hanya diam membisu.
              “Farish pergilah tengok sendiri”.Puan Sri Saleha memberikan kebenaran.
              “Tapi Farish nak tengok dia secara privasi”.
              “Pergilah.Mungkin bila dia dengar suara kamu dia akan sedar”.
              “Terima kasih auntie”.
     Farish menolak pintu kayu itu.Dia melihat gadis yang dicintainya terbaring kaku di hadapannya.
     Dia duduk di atas kerusi yang terletak bersebelahan katil.
     Dia memegang tangan Zahrah lalu menggenggemnya seerat-eratnya.Dia melihat wajah Zahrah yang sedang bertarung nyawa itu.
              “I minta maaf Zahrah.Kalaulah I tak tinggalkan you dekat situ sorang-sorang,mesti semua ni tak akan terjadi”.
     Farish kembali melihat wajah Zahrah.
              “I cintakan you.I perlukan you dalam hidup I.Biar pun I tahu cinta I hanya bertepuk sebelah tangan,I tetap perlukan you.You nak tahu kenapa? Walaupun you tak pernah terima cinta I,I tetap bahagia sebab I dapat lihat you setiap hari walaupun dari jauh.Tapi,kalau you dah tak ada,macam mana I nak teruskan hidup I.Bangunlah Zahrah.I tahu you kuat”.
     Mata Farish sudah bertakung air mata,hanya tinggal tunggu empangannya pecah sahaja.
              “Zahrah,you kena bangun.Walaupun bukan untuk I,you kena bangun untuk keluarga you yang selalu sayangkan you”.
     Farish hanya melihat sahaja wajah Zahrah.Air mata jantannya mengalir tanpa disedari.
     Tiba-tiba,badan Zahrah bergerak seperti tidak dapat bernafas.Farish yang terkejut melihatnya terus keluar dan menjerit.
              “Doktor!doktor! tolong”.
     Semua yang berada di luar cemas.Tidak lama kemudian,seorang doktor peribadi keluarga Tan Sri Zikri Sallehuddin datang bersama jururawatnya.
     Semua yang berada di luar berebut-rebut untuk masuk.
              “Semua tolong tunggu di luar sebentar”.Jururawat itu menegur dan terus menutup pintu kayu tersebut.
     Semua yang berada di luar kelihatan cemas,risau dan gelisah bersarang di hati.
              “Apa yang berlaku sebenarnya Farish?”.Puan Sri Saleha bertanya.
              “Saya pun tak tahu auntie.Tiba-tiba Zahrah jadi macam tu”.
     Semua yang di situ kembali membisu.Kemudian,Doktor Haidar keluar bersama jururawatnya.
              “Macam mana dengan anak saya doktor?”.Puan Sri Saleha bertanya tanpa sedari air matanya mengalir membasahi pipi.
              “Boleh tak kalau Tan Sri dan Puan Sri ikut saya ke bilik saya.Ada hal penting yang saya nak perkatakan”.
     Tan Sri Zikri Sallehuddin dan puan sri Saleha mengangguk.
              “Mummy,daddy,Irah nak pergi solat Zuhur sekejap”.
     Mereka berdua mengangguk lalu mengikuti langkah Doktor Haidar tersebut pergi ke biliknya.Perasaan mereka berdua berdebar-debar.

     “SILA duduk Tan Sri,Puan Sri”.Sambil tangan Doktor Haidar menunjukkan tempat duduk untuk mereka.
     Mereka berdua duduk berhadapan dengan Doktor Haidar.Hanya meja penghalang mereka bertiga.
     Doktor Haidar menarik nafas sebelum menerangkan hal yang sebenar.
              “Saya harap Tan Sri dan Puan Sri dapat bersabar dengan apa yang saya nak katakan sebentar lagi”.
              “Apa halnya doktor? Kenapa dengan anak kami?”.Tan Sri Zikri Sallehuddin seakan tidak sabar bercampur debar untuk mendengar penerangan dari Doktor haidar.
              “Anak Tan Sri dan Puan Sri…”.Doktor Haidar tidak dapat meneruskan kata-katanya.
              “Kenapa dengan anak kami?”.
              “Tan sri dan Puan Sri sayangkan Cik Zahrah?”.
              “Mestilah kami sayangkan anak kami”.Puan Sri Saleha agak sedikit marah mendengar pertanyaan itu.
              “Sebagai doktor berat untuk saya katakan,tapi ini sudah tugas saya sebagai seorang doktor.Jika Tan Sri dan Puan Sri sayangkan Cik Zahrah,saya minta izin kepada Tan Sri dan Puan Sri untuk mencabut wayar mesin sokongan hayat daripada badan Cik Zahrah”.
              “Tapi kenapa? Dia berhak untuk hidup.Kenapa kita perlu ambil nyawa dia sebelum tiba masanya?”.Puan Sri Saleha sudah mula mengalirkan air mata.
              “Kalau mengikut keadaan Cik Zahrah sekarang,adalah baiknya kita biarkan dia pergi dengan tenang”.
              “Kenapa doktor cakap macam tu dekat anak saya?”.
              “Jika kita masih memakaikan mesin sokongan hayat kepada Cik Zahrah,saya rasa kita seperti menyeksa dia”.
              “Seksa? Macam mana dia boleh terseksa?”.
              “Jika dia kena pergi sekarang,biarlah dia pergi.Kita tak boleh halang dia pergi dengan masih memakaikan mesin sokongan hayat kepada dia”.
     Puan Sri Saleha bangun.
              “Saya tak akan benarkan awak tanggalkan wayar mesin sokongan hayat tu daripada badan anak saya”.
     Puan Sri Saleha terus keluar dari bilik tersebut dan pergi berlari masuk ke dalam wad Zahrah tanpa menghiraukan keluarga Dato’ Farid yang ada di situ.
     Tangan Zahrah digenggam oleh Puan Sri Saleha sekali lagi.
              “Zahrah jangan risau ye sayang.Mummy tak akan pernah izinkan sesiapa pun cabut wayar mesin sokongan hayat ni.Mummy tak nak Zahrah pergi tinggalkan mummy.Mummy sayang Zahrah”.
     Tan Sri Zikri Sallehuddin yang masuk ke bilik tersebut terus memegang bahu isterinya.
              “Sayang,saya rasa ada betulnya cakap Doktor Haidar tu”.
              “Abang nak tengok anak kita pergi macam tu je?”.
              “Tak sayang.Tapi,kita tak boleh seksa Zahrah macam ni.Kalau dia dah ditakdirkan untuk pergi tinggalkan kita selama-lamanya,kita tak boleh halangnya.Nanti terseksa jasadnya”.

     Puan Sri Saleha hanya diam membisu.
Bab 16

     Wajah Zahrah agak muram sedikit pagi ini.Tetapi dia mengawalnya kerana ada kerja yang perlu dia selesaikan hari ini.
     Dia perlu menghadiri mesyuarat di Syarikat Tanjak Holdings Sdn.Bhd.
     Dia juga memaksa dirinya untuk bersarapan pagi.
              “Zahrah,daddy minta maaf pasal hal semalam.Daddy tak akan paksa kamu lagi”.
              “Thanks daddy.Okaylah Zahrah pergi dulu.Nanti lambat pulak”.
     Dia menyalam tangan kedua-dua ibu bapanya.Adiknya juga bersalaman dengannya.
     Dia masuk ke dalam kereta Alphardnya.Keretanya sudah meninggalkan perkarangan rumah banglo tersebut.

     ZAHRAH masuk ke dalam bilik mesyuarat.Semua yang melihatnya agak terpegun dengan kecantikkannya.
     Dia hanya mengenakan baju blaus merah dan skirt hitam parat lutut.Rambutnya dilepaskan.Bibir comelnya dicalit dengan gincu berwarna merah.
     Dia melihat keadaan sekeliling.Hanya ada satu tempat sahaja iaitu di sebelah Farish.
     Dia paling tidak menyangka bahawa dia akan melihat lagi lelaki yang pernah hampir meragut kehormatannya duduk berhadapan dengannya.
     Zahrah agak tersepit dalam situasi sekarang.Dia terpaksa juga duduk di sebelah Farish.Setiusahanya memberikan kertas cadangan kepada Zahrah lalu keluar dari  bilik mesyuarat tersebut.
              “You look so beautiful today my dear”.Farish berbisik di telinga kiri Zahrah.
              “Tak payah nak puji I.I tak perlukan pujiaan dari you”.
              “You masih marah dekat I lagi ke pasal semalam”.
              “Tolong jangan cerita hal semalam dekat sini.I tak suka”.
              “I Cuma nak minta maaf je dengan you”.
              “Tengoklah kalau I maafkan you”.
     Zahrah terus diam begitu juga dengan Farish.Iqram yang hanya melihat sahaja Zahrah dari tadi,agak meluat melihat perbualan antara Farish dengan Zahrah.
     Iqram hanya senyum sinis sahaja kepada Zahrah.Zahrah mengalihkan pandangannya.
     Tidak lama kemudian,pengarah Syarikat Tanjak Holdings Sdn.Bhd masuk ke dalam bilik mesyuarat.Semua orang berdiri.
     Apabila pengarah syarikat tersebut duduk,barulah semua duduk.
              “Saya ada hal yang penting nak beritahu.Oleh kerana semua wakil syarikat telah menghantar proposal sebelum waktu yang telah ditetapkan,saya ambil keputusan untuk mengumumkan syarikat mana yang mendapat tender tersebut lebih awal.Dalam 10 buah syarikat yang tercalon untuk dapatkan tender di langkawi tersebut hanya ada 3 syarikat sahaja yang berjaya melepasi proses terakhir.Sementara yang tujuh lagi adalah empat daripadanya telah saya tolak dan tiga lagi telah menarik diri.Tiga syarikat yang berjaya itu  baru sahaja tadi saya teliti proposal mereka.Dengan itu,saya mengumumkan bahawa tender yang berharga 500 juta ringgit tersebut akan saya serahkan kepada Z&S Holdings Sdn.Bhd.Tahniah saya ucapkan”.
     Semua yang mendengar berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh kepada Zahrah.Zahrah berdiri dan berjabat tangan dengan pengarah Syarikat Tanjak Holdings Sdn.Bhd.
              “Oleh itu,saya umumkan bahawa mesyuarat bersurai”.
     Setelah bersurai,Zahrah cepat-cepat mengemas semua barangnya.
              “Tahniah sayang”.
              “Jangan pernah cuba gunakan perkataan sayang pada I”.
              “I minta  maaf”  
     Zahrah baru sedar bahawa hanya tinggal mereka berdua sahaja berada di situ.Zahrah cepat-cepat melangkah keluar dari bilik tersebut.
     Tangan Zahrah digapai oleh Farish.Dia menggenggam pergelangan tangan Zahrah dengan kuat sekali.
              “You nak apa Farish?”.Zahrah berjaya melepaskan genggaman Farish.
              “I nak you Zahrah”.
              “Farish please.Tolong faham I.I nak balik sekarang.So,you baliklah”.
              “Okay fine.I balik.Bye sayang”.
     Zahrah hanya masam sahaja mukanya.Dia melihat Farish memandu kereta Ferrari 458 dan meninggalkannya.
     Belum sempat dia meneruskan perjalanan,tangannya terasa digapai lagi.Dia menoleh ke belakang.Alangkah terkejutnya dia apabila dilihat orang yang menggapai tangannya itu adalah Iqram.
              “Lepaskan tangan I”.
              “I tak kan lepaskan you.I rindukan you Zahrah.Please jangan buat I macam ni”.
              “You gila Iqram.Lepas!”.
              “I lepaskan you tapi,dengan syarat you akan ikut I pergi suatu tempat”.
              “I dah tak percayakan you lagi Iqram.Lepas!”.
              “I nak bincang dengan you apa yang terjadi sebenarnya”.
              “Tak perlu!lepas!lepas!”.
              “Zahrah,you jangan paksa I buat benda tak baik dengan you.Lebih baik you ikut je cakap I”.
              “Tak nak!lepas!”.
     Iqram menarik tangan Zahrah dan mengheretnya ke dalam keretanya.Zahrah cuba keluar tapi tidak berdaya.
     Iqram memecut laju.Dia ingin membawa Zahrah ke suatu tempat.
     Zahrah yang takut terus merampas stereng dari tangan Iqram.
              “Zahrah apa you buat ni? You nak mati ke apa?”.
              “Yes.Lebih baik you turunkan I sekarang kalau tak I akan buat kita kemalangan”.
     Dalam keadaan kelam-kabut,Zahrah dan Iqram masih lagi berebut stereng.Tiba-tiba,ada bunyi yang kuat.BANG!!!.

     HELLO ,ini Tan Sri Zikri Sallehuddin ke?”.
              “Ye saya”.
              “Kami dari pihak hospital,ingin memberitahu bahawa anak Tan Sri,Cik Zahrah terlibat dalam satu kemalangan”.
     Tan Sri Zikri Sallehuddin tidak dapat berkata apa-apa.Puan Sri Saleha yang baru turun dari tangga pergi mendekati suaminya.
              “Abang,kenapa ni?”.
              “Zahrah,sayang”.
              “Kenapa dengan Zahrah bang?”.
     Tan Sri Zikri Sallehuddin hanya diam membisu.Dia menahan sebak di dada.
              “Abang!cakaplah bang!kenapa dengan Zahrah bang!Abang!”.Puan Sri saleha mengoncang-goncang tubuh suaminya.
              “Zahrah masuk hospital”.
              “Kenapa dia masuk hospital bang?”.
              “Dia terlibat dalam kemalangan”.
              “Ya Allah!Abang,bila bang?”.
              “Abang tak tahu.Sekarang,sayang pergi telefon Zahirah.Suruh dia balik sekarang”.
              “Saya telefon sekali keluarga Datin Fatimah ye bang”.
     Tan Sri Zikri Sallehuddin hanya mengangguk tanda bersetuju.

     KELIHATAN ramai yang menunggu di ruang menunggu di wad kecemasan.
     Farish duduk di hujung kerusi.Zahirah cuba menegur Farish.
              “Insyaallah akak tak apa-apa.Encik Farish tak perlu risau ye”.
              “Kalaulah saya tak tinggalkan dia seorang diri dekat situ mungkin perkara ni tidak akan terjadi”.
              “Encik Farish,awak tak perlu nak salahkan diri awak.Apa yang berlaku ni pasti ada hikmah disebaliknya”.
              “Apa yang sebenarnya Iqram dah buat dekat Zahrah?”.
              “Semua orang tak tahu apa sebenarnya yang berlaku”.
     Ketika semua sedang risau,seorang doktor keluar dari wad kecemasan tersebut.
              “Macam mana dengan keadaan anak saya doktor?”.Puan Sri Saleha bertanya.
              “Anak Puan Sri selamat.Dia sekarang dalam keadaan stabil.Cuma…”.
              “Cuma apa doktor?”.
              “Cuma dia masih tak sedarkan diri.Darah yang banyak keluar dari kepalanya menyebabkan dia tidak dapat sedarkan diri kerana otaknya tak berfungsi dengan baik lagi”.
              “Tapi,anak saya dapat diselamatkan kan doktor?”.
              “Apa yang saya boleh katakan,peluang untuk dia hidup sangat tipis.Dia sekarang terpaksa menggunakan mesin sokongan hayat”.
     Doktor itu berlalu dari situ.Puan Sri Saleha dipeluk oleh suaminya.Mereka sama-sama menahan sebak di dada.
     Farish seperti agak hilang kawalan.Dia hampir menghentak kepalanya didinding.Nasib baik ada Dato’ Farid membantunya.
              “Farish,kamu kena kuat.Ini semua terjadi bukan salah kamu.Ini takdir untuk Zahrah”.
              “Tapi kalau…”.
              “Tak ada kalau-kalaunya lagi Farish.Berhenti salahkan diri kamu”.

     Farish kembali tenang.Semua orang sedang menunggu Zahrah untuk dipindahkan ke wad kelas pertama. 
Bab 15

       Zahrah pergi ke pejabatnya seperti biasa.Dia harus menyiapkan kertas cadangan pada hari ini juga.Dia sudah berjanji dengan daddynya untuk ikutnya ke kelab golf.
     Walaupun tarikh terakhir untuk menghantar kertas cadangan itu lambat lagi,dia jenis yang tidak suka menghantar sesuatu kerja itu dengan lambat.
     Peluang keemasan untuk mendapatkan tender yang berharga 500 juta ringgit itu tidak mungkin akan dipersiakan oleh Zahrah.
     Dia sememangnya memang bijak dalam urusan perniagaan ini.Oleh itu memang tidak sia-sia daddynya melantiknya sebagai pengarah syarikat walaupun umurnya baru mencecah 26 tahun.
     Jari-jemarinya pantas menekan setiap butang pada papan kekunci.Dia harus memastikan pengarah kepada Syarikat Tanjak Holdings Sdn.Bhhd tertarik dengan kertas cadangan yang dibuatnya itu.
     Ketika dia sedang sibuk menyiapkan kertas cadangan,setiausahanya masuk.
     Zahrah memandang ke arah setiausahanya yang sedang mengetuk pintu sebelum masuk ke pejabatnya.
              “You nak apa Hana?”.
              “Ini untuk Cik Zahrah”.
              “Bunga lagi?”.Farhana hanya mengangguk.
              “You bagi I kad  yang ada dekat bunga tu”.Kini,kad itu sudah berada di tangan Zahrah.

              Hello my dear…How are you today?
       You suka tak bunga yang I bagi dekat you semalam…
              I hope you like it…I miss you so much my dear…
                        Hopefully we can meet today…

                                     From person who always love you,
                                                  Farish.

     Sekali lagi kad itu dikoyak lalu dibuang ke dalam tong sampah yang berada di sebelah mejanya.
              “You ambil je lah bunga tu Hana.I tak suka bunga tu.I alergic dengan bunga”.
              “Betul ke ni Cik Zahrah?”.
              “Yes.So,you can go now”.
              “Baiklah Cik Zahrah”.
     Zahrah kembali menyambung kerjanya.Kedengaran bunyi deringan telefon yang datangnya dari telefon bimbit Zahrah yang berjenama iPhone 4s.
     Dia tidak mahu menjawabnya kerana dia sudah dapat mengagak siapa yang menelefonnya.
     Siapa lagi kalau bukan Farish Hakimi.Setiap kali Zahrah sudah mendapat bunga pasti dia akan menelefon.
     Macam tahu sahaja Zahrah sudah mendapat bunga yang dia kirim untuk Zahrah.
     Zahrah yang malas mendengar telefon bimbitnya asyik berdering,dia mencari telefon bimbitnya di dalam beg tangannya itu.
     Seperti yang dijangka.Tertera nama Farish Hakimi di skrin iPhone 4s.Zahrah tiada pilihan lain selain menjawabnya.
              “Hello,you nak apa Farish Hakimi bin Dato’Farid?”.
              “You marah dekat I ke?”.
              “Tak adalah I tengah marah dengan laptop I ni.Mestilah I tengah marah dengan you”.Kata-kata Zahrah seperti memerli.
              “Kenapa you nak marah dengan I? Cuba you cakap dengan I apa dosa yang I dah lakukan pada you?”.
              “You tak pernah buat silap pun dengan I.Cuma I tak suka dekat you.I tak nak you terlalu mengharap cinta dari I.Itu semua impossible”.
              “Why you say like that,Zahrah?”.
              “Farish I nak you dengar betul-betul.I tak mungkin akan cintakan you.Ianya terlalu sukar untuk I”.
              “I sanggup tunggu you sampai you betul-betul sedia untuk terima cinta I”.
              “No.I don’t love you.Please don’t disturb me Farish”.
              “But,Zahrah……”.
     Tut…tut…tut….Itulah bunyi yang menandakan talian diputuskan.Farish tidak sempat berkata apa-apa lagi Zahrah sudah memutuskan talian.
     Farish sungguh kesal dengan sikap Zahrah.Tapi,dia tidak pernah putus asa demi mendapatkan gadis yang dia cintai.

     PADA waktu tengah hari,sedang semua pekerja Z&S Holdings Sdn.Bhd berpusu-pusu keluar menikmati makan tengah hari,Zahrah masih sibuk menyiapkan kerjanya.
     Dia tidak suka menangguh kerja.Selagi masih ada waktu untuk dia menyiapkan kerjanya,dia akan siapkan kerjanya dengan sebaik mungkin.
     Dia tidak makan tengah hari malahan masih menyambung kerjanya sehingga ke pukul 4.00 petang.
     Dia melihat jam di tangannya.Dia mengemaskan semua dokumen yang berselerakkan di atas mejanya sebentar tadi.
     Dia mengambil beg tangannya lalu keluar dari pejabatnya.
              “Hana”.Zahrah menyapa setiausahanya.
              “Ye Cik Zahrah?”.
              “Proposal tu dah siap.Ada atas meja I.Esok I nak you bawa proposal tu terus ke Syarikat Tanjak Holdings Sdn.Bhd sebab I akan terus pergi ke sana.Mesyuarat tu akan mula pada pukul 9.00 pagi.I nak you datang paling lambat 30 minit sebelum pukul 9.00 pagi faham!”.
              “Baik Cik Zahrah”.
              “Kalau macam tu I balik dulu.Cancel semua appointment I lepas pukul 4.00 petang”.
              “Baik Cik Zahrah”.
     Zahrah keluar dari syarikat tersebut dan masuk ke dalam kesayangannya yang baru diservis.
     Semasa Zahrah sedang memandu,bunyi deringan telefon yang datangnya dari telefon bimbitnya.
     Dia mencapai telefon bimbitnya.
              “Hello,daddy”.
              “Zahrah dekat mana ni? Bila nak balik?”.
              “Sekejap lagi Zahrah baliklah ni.Zahrah tengah on the way”.
              “Yelah,baik-baik bawa kereta”.
     Zahrah memutuskan talian.Dia kembali fokus memandang jalan raya.

     BUNYI enjin kereta Alphard Zahrah kedengaran ketika memasuki ke halaman rumah banglo yang tersergam indah itu.
     Zahrah keluar dari perut kereta Alphard itu.Dia masuk ke dalam rumah.
              “Mak Jah!Mak Minah!”.
              “Ye Cik Zahrah”.
              “Nah!ambil beg Zahrah ni bawa masuk dalam bilik”.
              “Baik Cik Zahrah”.
     Kedua-dua orang pembantunya naik ke tingkat atas untuk melakukan apa yang disuruh oleh Zahrah.
     Tan Sri Zikri Sallehuddin menuruni anak tangga sambil ditemani oleh Puan Sri Saleha.
              “Zahrah pergi siap cepat”.Daddy Zahrah memberi arahan.
              “Daddy Zahrah belum makan lagi”.
              “Dekat sana nanti boleh makan.Cepat pergi bersiap”.
              “Mummy pun ikut sekali?”.
              “Ye.Daddy kamu yang suruh mummy ikut.Mummy pun ikut je lah”.
     Zahrah malas untuk berfikir lagi.Dia naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam biliknya.
     Dia membuka kesemua pintu almarinya yang ada 6 buah semuanya.
     Dia memilih baju apa yang sesuai untuk dipadankan.
     Dia mengambil keputusan untuk memakai gaun putih yang halus talinya.Rambutnya dilepaskan dan dihiasinya dengan cekak berwarna merah.Pergelangan tangannya dipakai gelang berwarna merah.
     Dia memakai kasut tumit tinggi berwarna putih.Dia juga membawa beg tangan berwarna putih.
     Dia menuruni anak tangga dan terus meluru masuk ke dalam kereta BMW.Dia duduk di sebelah Pak Ali.
     Mummmy dan daddynya duduk di bahagian belakang.Kelihatan kereta BMW tersebut meninggalkan perkarangan rumah banglo tersebut.

     MEREKA sudah sampai ke tempat yang dituju.Pak Ali memberhentikan kereta BMW tersebut.
     Mereka tiga beranak turun dan menuju ke sebuah kafe yang terdapat di kelab golf tersebut.
     Kelihatan ada sepasang suami isteri sedang duduk di sebuah meja makan yang mempunyai 6 tempat duduk dan diaturkan duduk bertentangan.
     Mummy dan daddy Zahrah menuju ke arah pasangan suami isteri tersebut.Zahrah yang tidak tahu apa-apa hanya mengikut sahaja jejak mummy dan daddynya.
              “Assalamualaikum Dato’”.
              “Waalaikumussalam Tan Sri.Apa khabar?”.
              “Baik,Alhamdulillah”.
              “Perkenalkan ini isteri saya Saleha.Ini anak perempuan sulung saya,Zahrah namanya”.
     Mummy Zahrah terus bersalam dengan isteri kepada Dato’ tersebut.Zahrah bersalaman dengan Dato’ tersebut dan juga Datin.
     Zahrah seperti kenal dengan mereka berdua ni.Zahrah dapat merasakan ada sesuatu yang akan memberikan kejutan kepada dirinya.
     Mereka berlima duduk secara bertentangan.Mummy,daddy dan Zahrah sendiri duduk di sebelah kiri meja makan tersebut.Kemudian,Dato’ dan Datin itu duduk di sebelah kanan meja makan tersebut.Hanya di hadapan tempat duduk Zahrah sahaja yang kosong.
              “Dia tak datang ke Dato’?”.
              “Ada.Kejap lagi dia datanglah tu”.
     Zahrah hanya diam sahaja.Dia memerhatikan wajah Dato’ tersebut.
     Tiba-tiba Zahrah teringat sesuatu.
     Dia ni bukan ke Dato’ Farid.Jadi,dia ni mesti ayah kepada….Fikiran Zahrah terhenti.
              “Hah tu dia anak teruna saya satu-satunya,Farish”.
     Terjegil mata Zahrah melihat Farish ada di hadapannya sekarang.
     Farish bersalaman dengan daddy Zahrah.Dia tersenyum melihat Zahrah.
              “Zahrah,ni anak uncle namanya Farish”.
     Farish menghulurkan tangannya.Sebenarnya Zahrah tidak mahu bersalaman dengan Farish tetapi oleh kerana keadaan memaksa dia memaksa juga dirinya untuk menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Farish.
     Farish seakan-akan tidak mahu melepaskan tangan Zahrah.Tetapi,Zahrah menggunakan tenaganya untuk melepaskan tangannya dari terus dipegang oleh Farish.
     Geram sungguh dia dengan perbuatan yang dilakukan oleh Farish.
     Mereka semua duduk dan memesan makanan.Kemudian,apabila makanan mereka sampai,mereka menjamu selera bersama-sama. 
     Mata Farish tidak lepas dari memandang wajah Zahrah yang cerah dan cantik itu.Zahrah tidak selesa dengan pandangan itu.
     Tetapi,dia terpaksa juga melihat wajah Farish yang tampan itu.
     Selesai sahaja makan,mereka berbual dengan rancak.Cuma Zahrah dan Farish sahaja tidak bercakap.
              “Zahrah,sebenarnya daddy ajak kamu ke sini adalah kerana daddy nak beritahu tentang rancangan daddy untuk jodohkan kamu dengan Farish”.
              “Maksud daddy?”.
              “Daddy nak nikahkan kamu dengan Farish.Kalau boleh secepat yang mungkin”.
              “Daddy,Zahrah tak pernah kenal dengan Farish”.
              “Daddy tahu.Sebab itu,daddy dan Dato’ Farid dah bersetuju untuk beri kamu berdua tempoh 3 bulan untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi”.
              “Tapi,daddy…”.
              “Tak ada tapi-tapinya lagi.Kamu sudah berusia 26 tahun.Kamu kena berkahwin”.
              “Zahrah akan kahwin tapi bukan dengan Farish”.
     Semua yang ada di situ melihat Zahrah termasuk Farish.Mata Farish sememangnya mengharapkan Zahrah akan jadi milik dia.
              “Zahrah tak cintakan Farish daddy,Zahrah dah ada orang lain”.Zahrah berbohong.
              “Jangan tipu dia orang Zahrah”.Farish bersuara.
              “I tak tipu.I memang tak cintakan you,dan I tahu you tahu kan?”.
              “Tak!I  tak tahu Zahrah”.
     Zahrah dan Farish berdiri.
              “Farish berapa kali I nak bagi tahu you yang I tak pernah langsung ada perasaan cinta sedikit pun dekat you”.
              “I tahu semua tu tapi,apa salahnya kalau you bagi I ruang sedikit untuk masuk ke dalam hati you”.
              “Tak akan pernah ada ruang untuk you dalam hati I”.
              “Tapi kenapa?.I tak layak ke nak jadi suami you yang sah”.
              “Memang you layak untuk jadi suami I yang sah tapi,Cuma atas kertas sahaja.I tak dapat nak bahagiakan you macam mana isteri lain bahagiakan semua mereka.You carilah perempuan yang boleh berikan you kebahagiaan itu”.
              “Tak akan ada insan lain yang dapat gantikan tempat you Zahrah”.
              “Ada!Cuma you kena cari.Mummy,daddy Zahrah balik dulu”.
     Zahrah meningggalkan semua yang ada di situ.Tan Sri Zikri Sallehuddin dan puan Sri Saleha mengejar Zahrah.
     Dato’Farid dan Datin Fatimah duduk dan mendengarkan penjelasan dari anak terunanya itu.
              “Sudah terbukti dia tak cintakan kamu Farish.Carilah orang lain”.Datin Fatimah menegur anaknya.
              “Farish akan tetap cuba dapatkan dia sampai dapat.Farish akan kejar dia sampailah dia jadi milik orang lain”.
              “Tak kan kamu nak tunggu dia?”.
              “Farish akan tunggu dia mama.Farish cintakan dia.Terima kasih atas bantuan mama dan papa sebab jumpa kan kami hari ni.Farish hargai tu semua”.
     Farish melangkah ke keretanya meninggalkkan mama dan papanya.Wajahnya kelihatan hampa sekali.    

     ZAHRAH,Zahirah dan puan Sri Saleha diarah berkumpul di ruang tamu oleh daddy Zahrah untuk membincangkan hal yang terjadi petang tadi.
              “Kenapa kamu buat macam tu dekat Farish?”.Zahrah hanya diam membisu.
              “Zahrah! Daddy tanya kamu ni.Kenapa kamu buat macam tu dekat Farish?”.
              “Zahrah buat apa daddy dekat Farish?”.
              “Kenapa kamu langsung tak bagi dia peluang?”.
              “Zahrah dah cakap tadi kan…Zahrah tak cintakan dia.Zahrah cintakan orang lain”.Zahrah berbohong.
              “Cuba kamu terus-terang kenapa kamu tak boleh terima dia dalam hidup kamu?”.
              “Zahrah takut daddy”.
              “Apa yang kamu takutkan?”.
              “Zahrah takut apa yang Iqram buat dekat Zahrah,Farish pun akan buat”.
              “Kamu tak boleh samakan Farish dengan Iqram.Kamu kena ingat lelaki semua tak sama”.
              “Sama atau tidak,Zahrah tetap tak boleh terima cinta Farish”.
              “Akak,cuba bagi tahu kami apa yang akak tak selesa dengan perangai Farish?”.
              “Cara dia mendekati akak sama macam mana Iqram cuba dekati akak”.
              “Tapi akak,mungkin Farish memang ada niat untuk jadikan akak yang halal untuk dia.Mungkin Cuma cara dia sahaja sama macam Iqram”.
              “Cakaplah apa sahaja.Akak tetap tak boleh terima Farish tu”.
     Zahrah bangun dan berlari masuk ke dalam biliknya.
              “Buat masa ni,kita jangan terlalu memaksa dialah abang.Kalau dia kata tak nak tu maknanya tak naklah.Nanti kalau dia dah sedia nak terima Farish tu dia akan terima juga”.Tegur Puan Sri Saleha kepada suaminya.

              “Betul juga kata awak tu”.